SEPANG: Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Pusat Sehenti Kuarantin Negara (OSQC) di pintu masuk utama pengimportan dan pengeksportan negara bagi memperkukuhkan kawalan biosekuriti.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sebagai permulaan OSQC akan diwujudkan di Pelabuhan Klang.
"Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negara yang bermesyuarat minggu lalu secara dasarnya bersetuju untuk menubuhkannya," katanya.
Menurutnya, OSQC menyediakan fasiliti kuarantin dan keselamatan agromakanan yang bersepadu termasuk pemeriksaan, rawatan kuarantin, pengujian, penyelidikan, pemantauan dan pelupusan ke atas komoditi pertanian dan produk agromakanan," katanya.
"Pada masa ini, ia masih di peringkat perincian lanjut," katanya.
Beliau berkata, peralatan berteknologi tinggi, automasi, moden dan standard akan digunakan bagi membantu Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) memastikan matlamat kawalan biosekuriti tercapai.
"Pemeriksaan di OSQC ini akan menjadi lebih cepat dan details," katanya menerusi sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan operasi pengimportan dan pengeksportan produk pertanian dan haiwan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.
Ronald berkata, MAFI melalui Maqis merupakan benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara.
"Maqis akan terus tegas menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang negara dalam memastikan isu melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak atau penyakit merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian serta penternakan negara dapat dibendung," katanya.
Ujarnya, MAFI juga sedang mendapat persetujuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah kakitangan Maqis sebagai langkah memantapkan biosekuriti negara.
"Setakat ini kita hanya mempunyai 450 kakitangan yang ditempatkan di kesemua 57 pintu masuk negara," katanya.
KLIA Kargo merupakan salah satu daripada 57 pintu masuk produk pertanian negara dan merupakan pintu masuk utama bagi komoditi bunga segar, produk tenusu, benih ikan dan sebagainya.
Sehingga Jun 2022 kemasukan di pintu masuk KLIA Kargo adalah sebanyak 14,400 transaksi dan secara purata KLIA Kargo menerima kemasukan 13,500 tan metrik produk pertanian bernilai RM392 juta setiap bulan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 14 2022
Ronald Kiandee berkata, sebagai permulaan OSQC akan diwujudkan di Pelabuhan Klang. -Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Kerajaan cari formula tambah baik tatakelola AP dan IP - Anwar
Kerajaan mencari satu formula bagi menambah baik tatakelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM
KPK menyeru agar semua pekebun kecil Orang Asli di Selangor untuk menyertai KPSM kerana ia menawarkan pelbagai faedah bagi meningkatkan produktiviti dalam penanaman kelapa sawit.
Koperasi bantu kukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara - Ewon
Sebanyak 172 koperasi terlibat dalam sektor agromakanan mampu memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara.
Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept
Projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi.
Sabah berpotensi jadi penyumbang utama bekalan makanan negara - Timbalan menteri
Negeri Sabah bumi bertuah yang dikurniakan tanah yang luas dan subur selain kawasan perairan yang luas.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
MAFI, kerajaan negeri setuju kekalkan pewartaan TKPM
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta kerajaan negeri secara dasar bersetuju untuk mengekalkan pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
Pusat sehenti kuarantin di pintu masuk negara
MAFI melalui Maqis merupakan benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara.
Perak tubuh jawatankuasa pantau kolam udang haram
Kerajaan negeri cuba mencari kaedah menang-menang untuk membenarkan perusahaan itu dijalankan mengikut syarat.
MAFI akan bantu pihak berminat bawa masuk sumber makanan - KSU
Beliau berkata langkah membawa masuk ayam dari luar negara dan arahan Kabinet untuk memberhentikan eksport ayam bermula 1 Jun, akan menstabilkan bekalan ayam dalam masa terdekat.